Al-Faqir ila Maulah

My photo
Dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1987,pendidikan awal di sek.keb.kajang, sebelum melanjutkan pelajaran di sem.men.tinggi kajang, kemudian berpindah ke sek.men.agama anjung batu melaka hingga tamat tingkatan lima,sambil menunggu keputusan spm melanjutkan pelajaran dimadrasah sheikh salahuddin di hulu langat selama 3 tahaun,dan dapat tawaran belajar ka hadramaut yemen di rubat al-fatah bihuraidoh selama 3 tahun,antara guru-guru yang pernah dipelajari, Al-HABIB MUHAMMAD BIN SOLLEH AL- ATTOS, AL-HABIB HAIDAR AL-ATTOS, SHEIKH UMAR AS-SOMALI, AL-HABIB ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN AL-MUKHDOR.

Tuesday 20 December 2011

Nawaytu (sahaja aku berniat)

HULU LANGAT 6.30 pagi, selepas menunai solat fardu subuh berjemaah, seperti biasa rutin pelajar madrasah akan masuk ke kelas masing-masing, pada waktu itu ana kelas dua, mata pelajaran lepas waktu subuh kebiasaannya ilmu nahu(tatabahasa bahasa arab), sambil menunggu asatizah masuk ke kelas masing-masing, pelalajar tidak melepaskan peluang untuk mengulangkaji pelajaran dan murajaah pelajaran yang akan dipelajari...

"ustaz-ustaz, ustaz datang" kata seorang pelajar, pelajar yang lain membetulkan posisi kedudukan masing-masing dan duduk dengan cara beradab.
Maulana Jamal guru kami pada pagi ini, mempunyai susuk badan yang tinggi dan besar, berjambang hingga paras dada, kalau pertama kali jumpa, semestinya kita akan berkata dalam hati, "ustaz ni garang". ustaz Jamal belajar di pakistan selama 8 tahun,anak murid kepada MUFTI ZAINAL ABIDIN, mahir dalam ilmu hadis dan tafsir, kebiasaannya Ustaz Jamal akan bertanya tentang matapelajaran yang lepas, kemuadian ustaz akan memberi nasihat tentang dalam mempelajari ilmu agama.
Cerita tentang maulana Jamal, ana teringat satu cerita yg pernah maulana cerita pada kami semua...

Bermula dengan seorang guru yang menceritakan tentang indahnya melihat ka'bah pada waktu selepas isyak, salah seorang muridnya terpegun dengan cerita gurunya tadi, semenjak dari itu si murid berniat bersungguh-sungguh untuk melihat keindahan ka'bah pada waktu selepas isyak...
Selang beberapa tahun setelah si murid itu selesai dalam pengajiannya, ditakdirkan oleh allah s.w.t, dia dapat pergi ke mekah al-mukarramah, apabila si murid tadi mula masuk ke masjid al- haram, dia bersungguh-sungguh untuk melihat ka'bah, tapi hampa, si murid tidak berpeluang untuk melihat, sampai si murid merasa letih, lalu si murid pun berehat, selepas berehat si murid pergi untuk melihat ka'bah semula dari waktu zohor hingga la ke magrib... dia mula berputus asa, selepas azan isyak si murid tadibersiap untuk menunaikan solat isyak,
"assalammualaikum warahmatullah , assalammualaikum warahmatullah"
imam masjid memberi salam selepas dari tahiyat akhir solat..
Kemudian si murid untuk mencuba melihat ka'bah, tapi si murid berasa hairan , jalan untuk menuju ke ka'bah mudah sekali, sehingga si murid dapat melihat ka'bah, mengalir air mata si murid, dengan penuh bersyukur, memang benar kata gurunya melihat waktu paling indah melihat ka'bah adalah pada waktu selepas isyak..
Dalam perjalanan ke tempat penginapan si murid berfikir , kenapa waktu selepas isyak sunggug mudah untuk dia menuju ke ka'bah seolah-olah seperti diberi laluan oleh orang ramai ?
Bila diigat semula si murid pernah berniat bersungguh-sungguh untuk melihat ka'bah pada waktu selepas isyak...

Manfaat yang boleh kita ambil dari kasah ini ialah, seperti mana RASULULLAH S.W.A bersabda " setiap perbuatan atau amalan bermula dengan niat"  dalam hadis yang lain baginda bersabda "niat seorang mukmin lebih baik dari pada amalannya"
Kerana niat adalah amalan hati, dan hati adalah anggota yang paling mulia, amalan anggota tanpa niat, tidak bermanfaat.